Thursday, August 26, 2010

17 Ramadan: Sejarah Perang yang Pertama dalam Islam

Barangkali, dalam kalangan kita tidak mengerti apakah peristiwa di sebalik 17 Ramadan. Mungkin juga mereka lupa setelah dicerita ketika zaman sekolah, yang belajar Sirah nabi...

Dalam kenangan, Islam begitu gemilang pada hari tersebut. 17 Ramadan menjadi langkah pertama syiar Islam dikembangkan. Setelah peristiwa hijrah ke Madinah, 17 Ramadan menjadi titik sejarah peperangan pertama dalam Islam.

17 Ramadan tahun 2 Hijrah bersamaan 642 Masihi telah menyaksikan tercetusnya Perang Badar antara orang Islam Madinah dan kuam musyrik Makkah. Berdasarkan sejarah, hal ini merupakan peperangan pertama yang disertai Rasulullah. Pertempuran ini dipanggil sebagai Perang Badar kerana berlaku di pinggir sebuah telaga yang terletak di antara Mekah dan Madinah.

Sebelum perang tercetus, kaum Musyrikin Mekah bawah pimpjnan Abu Sufyan bin Harb telah membawa satu kafilah perdagangan dari Syam ke Mekah. Hal tersebut kemudiannya diketahui umat Islam. Berikutan maklumat itu, Nabi Muhammad SAW menghantar sepasukan tentera yang terdiri daripada 238 orang Ansar dan 86 Muhajirin. Sebaik sahaja mengetahui kehadiran tentera Islam, Abu Sufyan segera meminta bantuan dari Mekah.

Seramai 1000 orang tentera dihantar untuk membantu Abu Sufyan. Pasukan ini dipimpin sendiri oleh Abu Jahal. Sebelum perang sengit bermula, pertempuran terlebih dahulu berlaku antara tiga wakil pasukan Islam, iaitu Ali bin Abi Talib, Hamzah Abd Mutalib dan Ubaydah dengan Al-Walid, 'Uthbah dan Shaybah yang merupakan wakil pihak lawan. Dalam pertempuran tersebut, al-Walid, 'Uthbah dan Shaybah berjaya dikalahkan.

Selain mereka seramai 67 orang lagi tentera Musyrikin terbunuh dalam perang tersebut termasuk Abu Jahal. Manakala askar Islam yang syahid adalah seramai 14 orang. Selain banyak yang terkorban, askar daripada pihak lawan juga ramai yang berjaya ditawan. Untuk bebas, mereka dikenakan wang tebusan mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Kejayaan yang diraih oleh tentera Islam benar-benar membanggakan, apatah lagi dengan bilangan askar yang kecil. Walau bagaimanapun, hal ini nyata tidak disenangi orang Yahudi di Madinah dan Musyrikin di Mekah

Sumber: iluvislam edisi 6 hingga 12 Ogos 2010.

No comments:

Post a Comment